11 Feb 2026. Satu Sesi Perjumpaan telah diadakan Biro Pendidikan & Ekonomi Kelab Pesara USIM yang diketuai oleh Dr. Kamaruzzaman Seman sebagai Pengerusi Biro. Usim Holdings diketuai Dr. Shafaai Musa, CEO Usim Holdings. Beberapa Perkara telah dibincangan untuk perhatian pihak USIM HOLDINGS berkerjasama dengan Kelab Pesara USIM dalam membantu penjanaan USIM selari dengan fokus USIM HOLDINGS. Antara yang dilihat ialah usaha menggunakan kepakaran yang ada dikalangan Pesara USIM untuk menyumbang kepada projek projek yang bersesuaian dengan kepakaran masing-masing.
Ucapan Tahniah Atas Pelantikan TNC – Penyelidikan dan Inovasi USIM yang baru 2026-2028
Kelab Pesara USIM serta seluruh Pesara USIM mengucapkan setinggi tahniah kepada Profesor Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Hj Mohamad Isa atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM bermula 3 Feb 2026 hingga 2 Feb 2028. Semoga USIM dapat terus maju dalam pelbagai bidang Penyelidikan dan Inovasi di sepanjang tempoh perkhidmatan Y.Brs Profesor.
Sambutan 25 Tahun Bermulanya USIM 18 Jun 2025
PADA 18 Jun 2000, seramai 255 orang pelajar mula mendaftar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ia merupakan detik bersejarah bagi institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan, yang ketika itu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) kerana USIM merupakan satu-satunya universiti awam (UA) menawarkan program pengajian tinggi bagi pelajar aliran agama dengan keperluan bahasa Arab dan Pengajian Islam sebagai syarat kemasukan. Bermula dengan tiga fakulti, misi USIM adalah unik dan jelas iaitu untuk melahirkan graduan seimbang dari aspek rohani dan jasmani melalui integrasi ilmu naqli dan aqli. 25 tahun berlalu.
