8.4.2026 – Majlis Sambutan Hari Raya dan Ramah Mesra 2026 Anjuran Bersama PAWE NILAI dan Kelab Pesara USIM dengan kerjasama Yayasan Hidayah telah diadakan pada Tarikh, Masa dan Tempat Berikut:

Tarikh 8 April 2026 Rabu
Masa 11.00pagi – 2.00 ptg
Tempat Hotel Arafah Nilai

Sempena dengan Majlis ini telah diadakan Majlis Penyerahan MOU antara PAWE NILAI dan Kelab Pesara USIM.

Foto foto Sempena Majlis Sambutan Hari Raya 2026

Ucapan Yang Dipertua Kelab Pesara USIM, Profesor Dato’ Dr. Mohamad Hj Alias
Ucapan Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Hidayah
Ucapan Tim Pengerusi PAWE NILAI
Foto Bersama Ahli Jkuasa PAWE NILAI dan Kelab Pesara USIM
Foto Kenangan Ahli Kelab Pesara USIM
Kehadiran Dr. Hammad Farhi
Penyerahan Bantuan Yayasan Hidayah
Kehadiran Tetamu ke Majlis Sambutan Hari Raya 2026
Acara Penyampaian Hadiah kepada Yang Bertuah ikut Bulan Kelahiran dan Quiz

18.3.2026 – Kelab Pesara USIM telah menerima sumbangan 5 pek sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri 1447H. En Jasmin Jaimon telah mengedarkan kepada beberapa Pesara USIM sebagai sumbangan ikhlas bagi pihak PAWE NILAI.

11.3.2026 – Mesyuarat AJK Kelab Pesara USIM Kali Bil 2/2026 telah diadakan di Bilik Perbincangan Bhg Canselori Aras 4, Bangunan Canselori USIM. Mesyuarat juga dihadiri oleh Pengerusi PAWE Nilai untuk membincangkan kerjasama antara Kelab Pesara USIM dengan PAWE Nilai.

11.2.2026 – Perbincangan Biro Pendidikan & Ekonomi, Kelab Pesara dengan USIM HOLDINS telah diadakan bersama Dr Shafaai Musa, CEO UHSB jam 2.30 ptg.

Perbincangan ini bertujuan untuk mengkaji peluang peluang kerjasama untuk membantu penjanaan USIM dan Tabung Kelab Pesara.

Antara yang sedang dibincangkan ialah Mengadakan Kursus Eksekutif Pengurusan Koperasi bersama UESB. Biro Pendidikan & Ekonomi juga melihat peluang lain dalam bidang Tenaga Hijau, Agortani dan TVET.

Jika Pesara USIM ada sebarang cadangan untuk dilaksankan bolehlah isikan Borang Google Form berikut utk menyatakan cadangan yang mungkin boleh dilaksanakan.

BORANG CADANGAN

26.1.2026 Kelab Pesara USIM akan mengadakan Kunjung Hormat ke Pengurusan USIM pada 26 Januari 2026 di Pejabat Naib Canselor USIM, jam 2.30 petang.

Kunjungan ini bertujuan untuk Ahli Jkuasa mengucapkan terima kasih kepada Pengurusan USIM dan membincangkan beberapa perkara mengenai kemudahan kepada Pesara USIM.

Perjumpaan telah diadakan bersama Y.Brs. Dato’ Hj Mohamad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM dihadiri AJK Penaja Kelab Pesara USIM.

Pelbagai Perkara telah dibincangkan bersama untuk mendapatkan satu garispanduan yang rasmi mengenai:

  1. Kemudahan Rawatan Perubatan Pesara di Poliklinik Pakar USIM, Pusat Kesihatan USIM dan Hospital Kerajaan
  2. Kemudahan Rawatan Pergigian, Khidmat Dialysis juga dibangkitkan.
  3. Kemudahan Alat Bantu Pesakit seperti kerusi roda, katil dan lain-lain
  4. Kemudahan Perpustakaan, Bilik Seminar, Dewan, Padang Permainan Sukan

USIM telah menubuhkan satu tabung khas yang dinamakan TABUNG PESARA USIM bagi menyediakan satu dana yang dapat digunakan bagi membantu Pesara USIM yang memerlukan bantuan. Kelab Persara bersetuju untuk mengadakan usahasama bagi mengisi tabung ini melalui pelbagai aktiviti. Antara yang ditawarkan ialah mengadakan kerjasama dengan UEESB mengajurkan pelbagai siri Taklimat/Ceramah mengenai Kesihatan dan Khidmat Guaman kepada Kakitangan dan Orang Awam.

USIM juga menawarkan Biro Pendidikan & Ekonomi, Kelab Pesara USIM untuk mengemukakan cadangan untuk membantu menjana Pendapatan USIM sambil mengisi Tabung Pesara USIM.

Jika Pesara USIM ada sebarang cadangan untuk dilaksankan bolehlah isikan Borang Google Form berikut utk menyatakan cadangan yang mungkin boleh dilaksanakan