11 Feb 2026. Satu Sesi Perjumpaan telah diadakan Biro Pendidikan & Ekonomi Kelab Pesara USIM yang diketuai oleh Dr. Kamaruzzaman Seman sebagai Pengerusi Biro. Usim Holdings diketuai Dr. Shafaai Musa, CEO Usim Holdings.

Beberapa Perkara telah dibincangan untuk perhatian pihak USIM HOLDINGS berkerjasama dengan Kelab Pesara USIM dalam membantu penjanaan USIM selari dengan fokus USIM HOLDINGS. Antara yang dilihat ialah usaha menggunakan kepakaran yang ada dikalangan Pesara USIM untuk menyumbang kepada projek projek yang bersesuaian dengan kepakaran masing-masing.
